untitled
viviti

 

:: Teknosains :: segalanya dihujung jari anda ::

 


 

 

Sejarah Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa ( ISS ) adalah kertas rancangan kerjasama 16 buah negara maju dari seluruh dunia.

Rancangan reka bentuk ISS sebenarnya adalah lebih besar daripada ISS yang sedang di bina hari ini. Ini ekoran masalah kegawatan ekonomi yang melanda Asia dan Eropah memaksa NASA mereka bentuk semula ISS supaya kos menjadi lebih murah.

Pembinaannya bermula pada September 1998 dengan modul Zarya milik Rusia menjadi modul asas bagi ISS. Modul ini dihantar dengan menggunakan roket Soyuz.

Tidak lama selepas itu, modul Unity milik Amerika Syarikat bercantum dengan modul Zarya. Pencantum bersejarah ini dilakukan dengan begitu teliti kerana kedua-dua modul ini tidak pernah bercantum semasa di bumi.

Berbeza dengan Zarya, Unity dihantar dengan menggunakan Space Shuttle ( kapal angkasa ulang-alik ) Atlantis.

Pertengahan tahun 2000 menyaksikan modul Alpha milik Amerika Syarikat pula bercantum dengan ISS. Ini diikuti oleh pemasangan Canada Arm pada lewat 2000 dan Canada Arm 2 pada April 2001.

Masih ingat anda pada Tito. Beliau adalah jutawan Rusia dan pelancong angkasa lepas yang pertama melancong di ISS. Pelancongan ini berlangsung selama seminggu pada bulan Jun 2001.

Pada Julai 2001, 'Pintu ISS' atau dikenali sebagai Airlock telah dipasang di modul Alpha untuk membolehkan krew-krew ISS menjalankan aktiviti diluar Stesen Angkasa Lepas.

Ogos 2001, kegawatan ekonomi dan kewangan yang melanda Jepun hampir-hampir memaksa mereka membatalkan misi angkasa lepas mereka di ISS

Manakala kejadian kapal angkasa lepas Columbia yang meletup ketika memasuki bumi telah menyebabkan penghantaran komponen ISS tergendala sehingga ke hari ini.

Penghantaran krew hanya bergantung kepada kapal angkasa milik rusia, Soyuz.

 

Zarya (kiri) dan Unity (kanan) menjadi asas kepada ISS

Agen penghantaran angkasa lepas yang penting bagi ISS.

Inilah 'Pintu ISS' yang menghubungkan ISS dengan dunia luar ( ruang angkasa lepas )


Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com